Wednesday, February 24, 2010

Pengalaman team eTemerloh bersama orang Asli Kg Paya Badak



“Saya selaku pengarah program, ingin mengucapkan rasa syukur dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjyakan program ini secara langsung dan tidak langsung. Walaupun pada awalnya banyak kekangan, namun dengan kerjasama semua pihak dalam program ini akhirnya dapat menjayakan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. ” - Zaimie

It’s new experience !!. Alhamdulillah segalanya lancar, walaupun terdapat kekurangan di sana sini tetapi program masih berjalan dan penduduk orang asli Kampung Paya Badak masih mendapat manfaat dari program ini. Tiada jurang perkauman yang dapat dilihat. Sememangnya 1 Malaysia jelas kelihatan. For me..dengan perancangan dalam masa yag singkat, program ini berjaya dalam mencapai matlamat asasnya.” - Arifah Izzah

“Kampung orang asli? Inilah pengalaman pertama kali menjejak ke sana untuk 2 hari satu malam. Program yang dijalankan di sana adalah bertujuan untuk mendedahkan ICT kepada komuniti orang asli. Tanggapan pertama saya adalah komuniti ini tidak mendapat pengetahuan ICT dengan lebih mendalam, ternyata tanggapan ini salah. Mereka mempunyai handphone yang canggih dan anak Tok Batin juga ada laptop. Saya hanya tersenyum dan ternyata mereka sudah mula melangkah ke hadapan . Komuniti ini juga telah mendapat keperluan asas seperti bekalan elektrik dan air. Jadi, mereka boleh meneruskan kehidupan dengan lebih baik lagi.” - Mahadi

“Sangat best. Semua macam satu keluarga. Gembira dapat berkenalan dengan penduduk orang asli, terutamanya kanak-kanak di sana.” - Syuhada

“Hujan menyambut kedatangan kami. Ini merupakan rahmat bagi kami kerana sebelum itu keadaan di sana panas sepanjang hari dan masalah kekurangan air” - Teku


“Saya berasa begitu seronok dan teruja apabila memasuki perkampungan orang Asli. Kehidupan mereka moden. Tok batin pon pakai Kia Spectra. Saya juga dapat berkenalan dan berinteraksi dengan kanak-kanak orang asli. Bermandi bersama-sama di dalam perigi di dalam hutan. Satu pengalaman yang menyeronokkan.” - Azrin

“Pengalaman saya di Temerloh sangat menarik kerana dapat berinteraksi dengan Orang Asli. Selain itu, saya juga dapat mengenali cara hidup Orang Asli dan lain-lain lagi. Selama dua hari saya di sana dapat bekerjasama di antara satu sama lain. Ketika di sana, kami menghadapi masalah bekalan air. Selama seminggu tidak ada bekalan air di sana. Kami turut sama menghadapi masalah ini. Selama ini, saya tidak pernah menghadapi masalah begini. Ini merupakan pengalaman pertama saya. Daripada sini baru saya tahu betapa susah jika tiada bekalan air. Banyak pengalaman dapat saya belajar dari program ini.” - Shuba

 

2 hari bersama Orang Asli Kg Paya Badak

Tuesday, February 16, 2010

Fakta sejarah

Menurut para pengkaji sejarah, kepulauan Melayu telah mula diduduki oleh manusia yang dipanggil Austronesian atau Malayo-Polynesia sekitar 5,000 tahun dahulu. Mereka ini dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan. Penghijrahan mereka ke selatan adalah secara ’sporadic’, ’irregular’ dan ’incremental’. Bermula dari Filipina menganjur ke pulau-pulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah besar Asia, pulau-pulau Pasifik dan Madagascar.

Majoriti Orang Asli di Malaysia (termasuk kaum Bumiputera) yang menghuni kawasan Indo-Malaya sekarang ini adalah keturunan daripada manusia Austranesian awal ini. Hasil daripada Banci Penduduk JHEOA 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaysia ketika ini ialah seramai 141,230 orang. Mereka terbahagi kepada tiga Kumpulan Kaum Orang Asli iaitu, Melayu Proto (Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa.

rujukan: http://www.jheoa.gov.my/40

Wednesday, February 10, 2010

Takrif orang asli

Dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, mana-mana bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki orang itu;

Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dah ialah ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli atau;

Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada masyarakat Orang Asli;

Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli oleh kerana dia telah memeluk mana-mana agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi dia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli atau bercakap bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi Orang Asli semata-mata oleh sebab dia mengamalkan agama itu.
rujukan :  http://www.jheoa.gov.my/40