“Saya selaku pengarah program, ingin mengucapkan rasa syukur dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjyakan program ini secara langsung dan tidak langsung. Walaupun pada awalnya banyak kekangan, namun dengan kerjasama semua pihak dalam program ini akhirnya dapat menjayakan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. ” - Zaimie
“It’s new experience !!. Alhamdulillah segalanya lancar, walaupun terdapat kekurangan di sana sini tetapi program masih berjalan dan penduduk orang asli Kampung Paya Badak masih mendapat manfaat dari program ini. Tiada jurang perkauman yang dapat dilihat. Sememangnya 1 Malaysia jelas kelihatan. For me..dengan perancangan dalam masa yag singkat, program ini berjaya dalam mencapai matlamat asasnya.” - Arifah Izzah
“Saya berasa begitu seronok dan teruja apabila memasuki perkampungan orang Asli. Kehidupan mereka moden. Tok batin pon pakai Kia Spectra. Saya juga dapat berkenalan dan berinteraksi dengan kanak-kanak orang asli. Bermandi bersama-sama di dalam perigi di dalam hutan. Satu pengalaman yang menyeronokkan.” - Azrin
“Pengalaman saya di Temerloh sangat menarik kerana dapat berinteraksi dengan Orang Asli. Selain itu, saya juga dapat mengenali cara hidup Orang Asli dan lain-lain lagi. Selama dua hari saya di sana dapat bekerjasama di antara satu sama lain. Ketika di sana, kami menghadapi masalah bekalan air. Selama seminggu tidak ada bekalan air di sana. Kami turut sama menghadapi masalah ini. Selama ini, saya tidak pernah menghadapi masalah begini. Ini merupakan pengalaman pertama saya. Daripada sini baru saya tahu betapa susah jika tiada bekalan air. Banyak pengalaman dapat saya belajar dari program ini.” - Shuba









